Wednesday, October 11, 2006

Jerebu

Jerebu lagi. Kenapa la Malaysia ni selalu sangat dilanda jerebu. Itu hari,sampai sakit-sakit mata aku. aku rasa dah cukup terlindung dari jerebu ni sebab helmet yang aku pakai walaupun tak mahal tapi ade ‘visor’. Masa tu aku takde ‘mask’ lagi. Aku main redah je. Sebab aku ingat ini jam jerebu biasa-biasa saje. Tapi bila dah pedih-pedih mata aku dibuatnya,terpaksa la aku beli ‘mask’. Tapi belum sempat aku beli,kawan aku si din tu dah belikan untuk aku sekali. Tapi aku tak pakai lagi. Semalam hujan. So ini hari aku rasa macam dah kurang sikit jerebu. So aku tak pakai lagi la.

Maksud jerebu :
Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Kalau ditengok pada kualiti udara di Kuala Lumpur memang korang akan rasa malas nak bergerak ke mana-mana. Lebih-lebih lagi mereka yang bermotosikal dan pejalan kaki. Gerenti mereka ni benci akan fenomena ini. Apa tak nye,secara amnya,aku rasa keadaan yang berlaku di Kuala Lumpur sekarang telah menyekat aktiviti seharian yang biasa dilakukan Sebagai penunggang motorsikal,tiap-tiap hari aku sedut udara kotor. Tapi bila dah jerebu melanda ni,aku rasa lagi banyak udara kotor yang aku sedut. Tapi apa nak buat,takkan sebab nak elakkan jerebu aku nak kena beli kereta kot. Huhu. Tapi apa pun,jerebu tetap menjadi masalah utama masyarakat kita bila setiap kali ia melanda.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti bukan sahaja oleh penduduk Sabah tetapi kepada semua warganegara Malaysia.

Larangan Pembakaran Terbuka
Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

Pembenihan Awan

Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara.

Sebab nila setitik,rosak susu sebelanga. Nak salahkan Indonesia yang tak reti jage hutan ke?. Nak salahkan perdana menteri ke? Nak salahkan Sammy Vellu,lagi la die takde kene mengena ngan jerebu. Nak salahkan bomba ke? Ataupun nak salahkan hutan yang terbakar???????

0 comments :